Apa khabar pembaca-pembaca blog saya sekalian? Sihat ke tak tu? hihi..saya harap semua sejahtera lah ya. Ya seperti biasa harini saya sekali lagi dengan terujanya ingin berkongsi tentang minat saya. Harap pembaca-pembaca tak bosan ya 😅. Saya suka bercerita tentang minat- minat saya kepada orang lain kerana saya nak orang lain juga rasa minat pada benda yang sama secara tidak langsung kita dapat berkongsi tentang pengalaman masing-masing. Mungkin dari perkongsian tersebut kita dapat memperbaiki kelemahan kita dalam minat tersebut dan mungkin juga dapat membantu rakan kita memperbaiki kelemahan mereka.
Okay, tanpa buang masa, nampak tak gambar kat atas tu? Boleh teka tak saya nak cerita tentang apa harini? Hehe okeylah, harini saya nak berkongsi minat saya selain daripada menyanyi dan menjahit, saya juga sangat minat dalam bidang fotografi. Semua orang tahu kan apa itu fotografi? Ya yang ambil gambar cantik-cantik tu! Macam-macam benda kita boleh ambil gambar seperti makanan, pemandangan dan macam-macam lagi. Ambil gambar diri sendiri pun boleh. Walaupun saya minat dalam bidang ini, tetapi saya tiada kamera DSLR yang sememangnya kamera yang sangat sesuai untuk berfoto kerana ianya memang telah di 'setting' hanya untuk mengambil gambar. Maklumlah saya masih student. Tak mampu lagi nak beli kamera mahal-mahal macam tu guna duit sendiri.
Tapi! ingat tak ayat ibu saya yang pernah saya 'mention' pada blog yang lepas. "Nak bela lembu tak semestinya kena jadi lembu".. Jadi, kalau saya minat bidang fotografi ni tak semestinya saya kena ada kamera yang mahal. Bagi saya yang penting adalah "skill".. Ya betul skill tu sangat penting. Tak guna kan kalau ada kamera mahal macam mana pun tapi tak ada skill. Hihi. Saya pun tak lah hebat sangat dalam bidang ni. Tapi saya juga ada belajar serba-sedikit tentang fotografi sejak saya sekolah lagi. Waktu sekolah menengah, saya juga pernah menjadi pengerusi dalam kelab fotografi. Waktu saya di matrikulasi juga saya pernah menyertai kursus berkaitan fotografi. Malah di UKM juga saya ambil Citra Fotografi. Banyak yang saya telah belajar bekaitan teknik-teknik untuk mendapatkan shoot yang cantik dan teknik-teknik edit gambar menggunakan apps yang bersesuaian.
Ini adalah antara contoh gambar yang saya ambil sendiri hanya menggunakan kamera telefon Iphone 7 plus. Walaupun mungkin bagi yang master dalam bidang ini, gambar ini tidaklah begitu cantik, tapi saya sangat berpuas hati terutama untuk beginner seperti saya. Saya hanya mengedit sedikit sahaja pada bahagian pencahayaan menggunakan aplikasi "Lightroom". Untuk pengetahuan pembaca sekalian, aplikasi lightroom ini merupakan salah satu aplikasi yang terbaik dalam mengedit apa-apa gambar. Di samping percuma, ianya juga sangat mudah untuk digunakan terutama kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni. Jadi tunggu apa lagi, boleh download sekarang. Ehh kejap! bukan sekarang. Lepas korang habis baca blog saya baru boleh. Hehe gurau je 😺.
Ini adalah contoh logo aplikasi lighroom tu. Jangan lupa cuba tau. Okay last sekali saya nak kongsi tentang satu lagi aplikasi yang selalu saya guna dalam mengedit gambar iaitu "Photoshop Fix". Aplikasi ni juga sangat bagus kerana terdapat banyak filter yang menarik. Selain itu, keistimewaan aplikasi ini juga, ianya juga dapat menghilangkan objek-objek yang kita tidak inginkan dalam gambar kita. Contohnya, kalau kita nak hilangkan gambar pokok kat belakang kita, kita boleh padam guna aplikasi ini.

Jadi ini adalah contoh penggunaan aplikasi photoshop fix ini. Sebenarnya banyak lagi aplikasi-aplikasi yang menarik yang mampu menjadikan gambar kita kelihatan cantik dan hebat seperti Quickshot, VSCO cam, Snapseed, Unfold dan sebagainya. Kepada sesiapa yang minat dalam bidang ini seperti saya, bolehlah cuba perlahan-perlahan menggunkankan pelbagai aplikasi yang telah banyak wujud di Google Play Store atau Apps Store bagi pengguna IOS. Jangan risau, tak pelu ada kamera yang mahal pun takpe. Yang penting apa? SKILL !
Nampaknya sampai sini sajalah entri saya pada kali ini. InsyaAllah jika ada umur yang panjang kita berjumpa lagi. Ewah ! . Saya nak ucapkan terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sudi dan setia membaca blog saya sampai disini. Semoga kita berjumpa lagi. Saya akhiri blog saya dengan beberapa buah gambar yang saya ambil sendiri dengan menggunkan telefon.
Bye! Assalamualaikum semua.

Salam Hana,
ReplyDeleteWah, that's a very good info. i just know about those apps after reading your post. must try and use it :D
Good job on the posting. not too long not too short.
Keep it up!