Korang tengah buat apa tu? Apa khabar? Sihat tak tu? Hehe banyak pulak soalan. Semoga korang sentiasa dikurniakan kesihatan oleh Allah S.W.T untuk melalui liku-liku kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Cewahh.
Okeylah saya taknak buang masa. Marilah kita straight to the point untuk content blog kita pada kali ini. Rasanya tengok tajuk je korang dah tahu kan apa yang saya nak cerita? Ya! betul harini saya nak kongsi pengalaman suka duka sedih tawa saya sepanjang 10 minggu saya berada di UKM. Walaupun baru saja 10 minggu belajar di UKM ni, siapa sangka banyak dah pengalaman yang saya lalui.
Pertama sekali, saya nak kongsi pengalaman saya duduk di kolej. Macam yang semua orang tahu, pelajar tahun pertama diwajibkan untuk duduk di kolej selama setahun. Duduk di kolej ni adalah paling menyeronokkan sepanjang saya berada di UKM ni. Nak tahu sebab apa? Sebab banyak sangat aktiviti menarik yang kolej lakukan antaranya Hari Keusahawanan, Program Birokrasi di mana setiap pelajar mempunyai biro masing-masing. Macam saya, saya di bawah biro kebudayaan. Biro ni sangat menarik sebab saya dapat join aktiviti teater, nyanyian, tarian dan macam-macam lagi di samping bonding antara ahli yang sangat kuat walaupun baru beberapa bulan kami berkenalan.
Haa inilah ahli-ahli biro kebudayaan. Comel kan kami? Biro kebudayaan ni adalah antara biro yang paling aktif dalam kolej Aminuddin Baki (KAB). Sebab kebanyakkan pertandingan antara kolej seperti teater, tarian, nyanyian adalah kebanyakkan wakil dari biro kami. Nama pun Kebudayaan, mestilah aktif dalam pertandingan-pertandingan seperti ni. Tapi saya bukanlah salah seorang daripada wakil tersebut sebab saya masih sedaya-upaya belajar membahagikan masa antara belajar dan aktiviti kokurikulum.
Okey seterusnya saya nak cerita tentang fakulti pula. Gambar yang korang nampak kat atas tu, itulah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan atau lebih dikenali sebagai FEP di sini. Ini adalah fakulti dimana tempat saya belajar. Yang lebih menarik sekali, fakulti ni terletak betul-betul di hadapan KAB. Jadi saya tak perlulah naik turun bas untuk kesini. Nak bangun lambat pun takpe. Hehe gurau je. Kalau korang nak tahu, pembelajaran saya sepanjang di FEP ini sepanjang 10 minggu saya berada di UKM amatlah menyeronokkan walaupun ianya sangat mencabar. Mesti korang nak tahu kan sebab apa? Sebab, pensyarah-pensyarah di sini sangat baik dan sporting. Setakat ni belum pernah saya jumpa pensyarah yang garang atau tegas macam zaman sekolah dulu-dulu. Hal ni secara tak langsung membuatkan saya semangat untuk datang ke kelas. Tapi tak bermakna korang boleh main-main ye semasa belajar. Fokus tetap fokus :)
Selain itu, saya nak kongsi dengan korang berkaitan outing di UKM. Outing di UKM ni tiada had masa pun. Kita bebas untuk outing pada bila-bila masa dan dimana-mana saje. Cewahh. Tapi setakat 10 minggu di sini, saya baru beberapa kali je outing dan itupun dekat-dekat je. Nak jimat duit kononnya ( >,< ) . Tapi jangan risau, walaupun dekat, tapi tempat tersebut sangat menarik dan cukup untuk membeli segala keperluan contohnya seperti di Bangi Gateway, IOI City Mall, Kip Mall , Taman Tasik Cempaka in case korang nak release strees (*>*). Apa yang saya boleh simpulkan di sini, UKM ni sangat strategik kerana dikelilingi dengan kawasan-kawasan yang menarik. Selain itu, ianya juga berdekatan dengan pelbagai restoran seperti Rumah Makan Terlajak Laris, Food Truck, Nasi Kandar dan banyak lagi. Bukan di luar je, kat dalam UKM pun ada banyak restoran dan Cafe menarik antaranya di Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL), Pusanika, Fakulti Pengajian Islam dan banyak lagi.
Cafe di Fakulti Pengajian Islam
Bookwarm Cafe di Perpustakaan Tun Sri Lanang
Nampaknya sampai sini sajelah blog saya pada kali ni. InsyaAllah jika berkesempatan kita jumpa di blog pada akan datang. Saya harap pengalaman yang saya kongsikan pada blog kali ini mungkin sedikit sebanyak dapat menyampaikan bahawa bertapa seronoknya menjadi pelajar Universiti lebih lebih lagi di UKM. Mungkin juga dapat memberi info kepada adik-adik yang bakal menepuhi alam universiti tidak lama lagi terutamanya pelajar lepasan SPM. Apa lagi adik-adik tunggu? Jangan lupa apply UKM. Best tau! Hehe. Baiklah, jumpa lagi di blog akan datang. Bye!Assalamualaikum.
Salam Hana,
ReplyDeleteNice and simple post you have here.
Hope you could create more sweet memories here in UKM.
Good job and keep it up!
Salam akak, may i know what course did you take and what languange that mostly UKM used?
ReplyDeleteSaya nak Tanya...ada tak budaya berbasikal among students dari Kolej kediaman nak ke kuliah?
ReplyDelete