Hi Assalamualaikum korang!
Alhamdulillah berjumpa lagi kita pada blog kali ini. Macam
mana minggu ni? Okey tak tu? Semoga segalanya berjalan lancar terutama
student-student u yang sedang struggle untuk menyiapkan pelbagai
assignment termasuk hana sendiri. Minggu ni hana busy sangat-sangat siapkan
semua assignment. Almaklumlah nak dekat
final lah kata kan. Tak sabar rasanya nak balik kampung. Lebih kurang
dua bulan jugalah hana tak balik. Korang jangan lupa doakan hana dan
kawan-kawan lain untuk final sem hujung bulan ni tau. Nervous sangat-sangat
sebab ni merupakan final exam pertama hana sebagai student u ni. Anyway, goodluck jugak kepada korang yang nak exam tu.
Walaupun agak busy, tapi hana taknak terlepas untuk blogging untuk minggu ni sebab banyak benda yang hana nak share dengan korang. By the way, blog kali ni hana masih lagi dengan content yang sama dengan minggu lepas iaitu pembelajaran di UKM ni. Tapi InsyaAllah korang takkan bosan. Tahu tak kenapa? sebab kali ni hana nak cerita tentang pembelajaran di kelas lain pulak. Ialah, belajar ni bukan satu subjek je kan. Mestilah banyak. So, harini hana nak share pengalaman hana sepanjang belajar Citra fotografi. Macam yang hana pernah bagitahu korang sebelum ni, hana minat sangat dengan fotografi, jadi takkanlah hana nak lepaskan peluang untuk join citra ni lebih-lebih lagi bila dapat tahu dekat UKM ada citra fotografi ni.
Sepanjang satu semester hana belajar citra ni, banyak benda yang hana dapat. Ada yang hana dah tahu, ada juga ilmu baru yang hana peroleh. Sebab dalam kelas ni dia ajar dengan lebih mendalam tentang fotografi. Ala macam kursus-kursus fotografi dekat luar sana tu. Cuma yang bezanya belajar dekat luar agak mahal, tapi belajar fotografi dekat UKM free je tau. FREE je kawan-kawan! Siapa je yang tak suka benda free kan? Seronok pulak tu. Hihihi. So korang jangan lepaskan peluang ambil citra ni untuk semester depan pada yang belum ambil. Comfirm korang tak menyesal. Haa gituww.
Jadi pada kesempatan ni, hana nak share serba sedikit tentang basic teknik yang hana belajar untuk ambil sesuatu gambar. Korang kalau ambil gambar mestilah nak yang cantik-cantik kan? Ialah nak post dekat Instagram lah katakan. So mehh sini hana ajar. Harap membantu lah ya. So first basic yang korang kena tahu ialah tentang angle-angle yang sesuai untuk gambar yang korang ambil. Contohnya:
1) Closed-up angle
Closed-up angle ni adalah angle yang korang perlu ambil dari jarak yang dekat untuk fokus kepada sesuatu benda yang kita nak ambil gambar. Contohnya macam gambar ni,
Cantik tak gambar ni? Gambar ni hana ambil sendiri tau dekat kawasan UKM ni. Rasa seronok je bila tengok gambar yang kita ambil dengan hasil sendiri. Korang tak perlu pun kamera mahal-mahal macam DSLR untuk ambil gambar, guna phone kita sendiri pun boleh asalkan kita tahu angle-angle yang sesuai, jadi cantiklah gambar tu.
2) Lower-shoot angle
Lower-shoot angle pula ialah gambar yang di ambil daripada sudut bawah sesuatu tempat atau benda. Hana paling suka angle ni sebab kalau kalau ambil gambar sendiri daripada angle ni nampak kurus tau. Hehehe. Angle ni memerlukan kita untuk berada bawah atau lebih rendah daripada objek yang kita nak shoot. So untuk objek yang agak rendah macam pokok bunga, hana akan duduk untuk ambil gambar. Amboi,kemain tinggi effort kan. Iyalah nak hasil yang berkualiti, effort pun mestilah kualiti kan. Cewah..So ni antara gambar lower-shoot yang sempat hana ambil di kawasan sekitar UKM ni,
3) Upper-shoot angle
Upper shoot angle adalah angle yang diambil daripada bahagian atas sesuatu objek.
Angle ni juga ada kelebihannya di mana gambar kita akan kelihatan lebih besar dan luas. Macam yang korang nampak seperti gambar di bawah, upper shoot tidak cenderung untuk fokus kepada sesuatu objek, namun ianya lebih cenderung untuk mantafsirkan keluasaan atau ketinggian sesuatu gambar. For your information, angle ni lebih sesuai untuk gambaran sesuatu pemandangan. So kalau korang nak ambil gambar pemandangan yang cantik-cantik tu, trylah angle ni. Then barulah boleh upload kat Instagram, status Whatsapp, facebook dan segala macam sosial media lah yang korang ada.
4) Medium shoot angle
Akhir sekali, hana nak share tentang medium shoot pulak. Medium shoot ni ialah angle yang diambil tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat, juga tidak daripada atas mahupun bawah sesuatu objek. Ya contohnya macam gambar dekat atas tu. Medium shoot ni ialah angle yang biasa digunakan dalam mengambil sesuatu gambar. Hana rasa korang pun mesti selalu guna angle ni kan.
Hana rasa setakat ni sajelah perkongsian hana tentang basic angle yang ada dalam fotografi. Sebenarnya banyak lagi angle-angle yang ada dalam fotografi ni, dan semua tu InsyaAllah hana akan kongsikan pada blog akan datang. Korang jangan lupa cuba angle-angle ni tau, comfirm gambar korang akan lagi menarik. Gambar-gambar yang hana tunjuk ni adalah hasil daripada hana sendiri tau. No copyright daripada mana-mana okey! Dan semua ni hana shoot di kawasan UKM ni je. Cantikkan UKM ni?
So berbalik pada kelas citra fotografi ni, hana bersyukur sangat dapat join citra ni. Daripada citra ni jugalah hana semangat nak ambil gambar dekat kawasan UKM ni secara tak langsung hana dapat terokai tempat-tempat yang hana belum pergi dekat UKM ni. Banyak lagi rupanya tempat yang cantik dan menarik dekat UKM ni. So takkanlah korang tak nak rasa pengalaman yang hana rasa sekarang. Rugi tau!!! Hana sangat-sangat recommend untuk korang join kelas ni. InsyaAllah korang boleh asah skill-skill korang yang terpendam tu. Rasanya dah tahu kan subjek citra apa yang korang perlu daftar untuk sem depan kan? Pendaftaran kursus untuk sem depan dah buka dah tu, tunggu apa lagi? Cepatlah daftar sebelum penuh!! SEKARANG JUGA!! Ehh jap jap, bukan sekarang, lepas korang habis baca blog hana ni lah. Hehehe.
Nampaknya, sampai sini sajelah blog hana pada kali ni. Semoga segala apa yang hana cuba sampaikan kat korang dapat membantu dan memberi serba sedikit manfaat dekat korang. Terima kasih pada yang setia dan sudi luangkan masa korang untuk masuk ke dunia blog hana ni. Love u gaiss.. Jumpa lagi pada blog akan datang.
Bye Asslamualaikum
Salam Hana,
ReplyDeleteWow, you are indeed one talent photographer,
Keep learning ok, mana tau boleh jadi pro satu hari nnt :D
Thanks for sharing anyway, very insightful. good job!
Since this will be your last posting, i wish you best of luck in final and in future inshaAllah.
ReplyDeleteTake care and fighting!