Monday, November 4, 2019

Jadikan "Menyanyi" sebagai minat

Hai Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada blog kali ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang buat pembaca blog saya yang baru pertama kali mengunjungi blog saya. Tidak lupa juga kepada pembaca-pembaca yang setia membaca blog saya. Terima kasih kerana sudi membaca segala coretan yang saya kira mungkin sedikit sebanyak dapat mengisi masa lapang para pembaca.

Pada entri kali ini saya sekali lagi ingin berkongsi tentang minat saya. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya adalah seorang yang mempunyai pelbagai minat. Saya yakin bukan saya seorang sahaja yang mempunyai pelbagai minat, malahan ramai lagi. Untuk blog kali ini, saya ingin berkongsi minat saya iaitu menyanyi. Ya, suara saya tidaklah merdu seperti penyanyi-penyanyi di luar sana. Tapi, ianya bukan penghalang untuk saya minat dalam bidang ini. Bak kata ibu saya "Nak bela lembu, tak semestinya kena jadi lembu". Ayat inilah yang selalu buat saya lebih bersemangat untuk ceburi sesuatu bidang.

Jika kita minat pada sesuatu pekara, semestinya kita akan lakukan pekara itu setiap hari bukan? Jadi, saya akan menyanyi pada setiap hari lebih-lebih lagi ketika saya mempunyai masa lapang. Boleh dikatakan lebih daripada 50 lagu saya hafal tidak kira apa genre sekalipun. Saya boleh menyanyi dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa termasuk waktu mandi, waktu belajar dan sebagainya kecuali di hadapan orang ramai 😊.

Walaubagaimanapun, minat saya dalam menyanyi ini banyak memberi kesan positif dalam hidup saya. Saya rasa ramai sudah mengetahui tentang fakta yang berkaitan dengan menyanyi. Antara salah satunya, menyanyi dapat menghilangkan stress. Ya! Menyanyi sangat membantu saya dalam menghilangkan stress lebih-lebih lagi ketika saya sedang mengulangkaji pelajaran. Jika saya bersendirian di dalam bilik atau di rumah, saya akan menyanyi sekuat hati sambil mendengar lagu mengikut mood saya pada ketika itu. Selain itu, ianya juga serba sedikit dapat membantu dalam menghilangkan rasa mengantuk ketika belajar dan seterusnya memberi semangat kepada saya untuk mengulangkaji. Jadi, sudah terang lagi bersuluh menyanyi adalah satu terapi yang baik dalam hidup seseorang terutama sekali kepada pelajar.


Image result for menyanyi

Saya tahu ramai lagi orang di luar sana yang berkongsi minat yang sama dengan saya. Walaupun ianya hanya sekadar hiburan semata-mata, namun mampu memberi kesan yang sangat positif dalam kehidupan kita seharian. Di samping itu, menyanyi juga bukan sahaja boleh dijadikan sebagai minat, namun ianya juga boleh menjurus kepada bidang kerjaya seseorang bagi yang dianugerahkan oleh Tuhan memiliki suara yang merdu.

Baiklah, saya rasa mungkin setakat ini sahaja entri pada kali ini. Terima kasih kepada para pembaca yang setia membaca entri saya sampai di sini. Semoga perkongsian saya pada kali ini dapat memupuk minat yang sama dalam diri pembaca sekalian. Buat pembaca-pembaca yang sedang menghadapi tekanan pada ketika ini, tidak kira apa jua tekanan sekalipun, cubalah menyanyi 😎. Hehe. Jumpa lagi pada blog yang akan datang.



Sekian, Assalamualaikum




Image result for mari menyanyi

2 comments:

  1. Salam Hana,
    So biasanya menyanyi kat mana? :D
    Singing is a good hobby to decrease the stress level as well.
    Thanks for sharing your passion here.
    Keep it up!

    ReplyDelete
  2. Hai Assalamualaikum. Citra pengurusan program banyak assignment tak?

    ReplyDelete

Pengalaman di kelas Citra Fotografi UKM

Hi Assalamualaikum korang! Alhamdulillah berjumpa lagi kita pada blog kali ini. Macam mana minggu ni? Okey tak tu? Semoga segalanya...