Wednesday, November 6, 2019

Percutian ke Bandung, Indonesia

Hai Assalamualaikum semua..

Apa khabar pembaca-pembaca sekalian? Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera agar dapat terus menerus setia dalam membaca blog saya 😁. InsyaAllah pada blog kali ini saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian tentang pengalaman saya yang paling bermakna iaitu bercuti ke Bandung, Indonesia. 



Pada akhir bulan Ogos 2019, Saya sekeluarga telah bercuti ke Bandung memandangkan pada waktu itu ayah saya mendapat cuti yang agak panjang. Walaubagaimanapun, kami hanya bercuti ke Bandung selama seminggu kerana pada minggu hadapan saya terpaksa membuat persiapan untuk masuk ke UKM. Apa yang boleh saya katakan disini, Bandung adalah tempat yang paling menarik yang pernah saya kunjungi di samping harga barangan dan makanan yang agak murah jika ditukar kepada nilai rupiah. Antara tempat yang saya kunjungi ialah Kawah Putih, The Lodge Maribaya dan sebagainya.

Kawah Putih adalah tempat yang paling menarik di Bandung bagi saya kerana persekitaran hutan yang sangat nyaman, air yang sangat jernih, dan suhu yang agak sejuk. Namun begitu, bau belerang yang agak kuat walaupun kawah tersebut sudah tidak aktif lagi membuatkan saya terpaksa memakai 'mask' muka sepanjang lawatan saya di sana. Tiket untuk berkunjung ke kawah putih juga tidaklah begitu mahal iaitu hanya RM15 seorang jika ditukarkan kepada nilai mata wang Malaysia. Perjalanan ke Kawah Putih dari Kota Bandung hanya mengambil masa hanya 1 jam sahaja. 

 


 


Di samping itu, The Lodge Maribaya juga anatara tempat yang menarik. The Lodge of Maribaya ini terletak di kawasan pedalaman atas bukit menyebabkan kami mengambil masa yang agak lama menaiki kaki bukit. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam dengan keadaan jalan yang penuh dengan liku. Namun begitu, ianya sangat tenang dan nyaman kerana terdapat banyak tumbuh-tumbuhan menyebabkan cuaca sangat redup. Tiket bagi memasuki The Lodge ini lebih murah berbanding Kawah Putih iaitu RM5 seorang jika ditukar kepada nilai mata wang Malaysia tidak temasuk harga permainan yang disediakan. The Lodge of Maribaya ini menyediakan banyak permainan yang agak meneronokkan seperti buaiyan di atas bukit, basikal di atas wayar, belon panas dan banyak lagi. Saya hanya berkesempatan untuk menaiki buaian di atas bukit sahaja kerana saya agak takut dengan


 


Nampaknya sampai di sini saja perkongsian saya pada entri kali ini. Jangan risau banyak lagi perkongsian menarik yang ingin saya ceritakan pada entri akan datang. Apa yang ingin saya simpulkan di sini, inilah antara percutian saya yang paling menarik seumur hidup saya bersama keluarga tersayang kerana sebelum ini saya dan keluarga hanya bercuti di kawasan yang berhampiran kerana kekangan masa kami. Namun, ianya masih menyeronokkan selagi ianya bersama keluarga yang tersayang. Harapan saya semoga saya dapat bercuti lebih jauh lagi bersama keluarga yang tersayang. Semoga kita bertemu lagi. Terima kasih kepada semua pembaca-pembaca yang sudi menjadi pembaca setia saya walaupun entri saya tidaklah begitu hebat seperti 'blogger' lain. 😅

Sekian, Assalamualaikum semua.



1 comment:

  1. Salam Hana,
    Good job! posting yg menarik dan disusun dgn kemas sekali.
    Hope u have recharged yourself at bandung :D
    Keep it up ya

    ReplyDelete

Pengalaman di kelas Citra Fotografi UKM

Hi Assalamualaikum korang! Alhamdulillah berjumpa lagi kita pada blog kali ini. Macam mana minggu ni? Okey tak tu? Semoga segalanya...