Tuesday, December 10, 2019

Pengalaman di kelas Citra Fotografi UKM



Hi Assalamualaikum korang!
Alhamdulillah berjumpa lagi kita pada blog kali ini. Macam mana minggu ni? Okey tak tu? Semoga segalanya berjalan lancar terutama student-student u yang sedang struggle untuk menyiapkan pelbagai assignment termasuk hana sendiri. Minggu ni hana busy sangat-sangat siapkan semua assignment. Almaklumlah nak dekat  final lah kata kan. Tak sabar rasanya nak balik kampung. Lebih kurang dua bulan jugalah hana tak balik. Korang jangan lupa doakan hana dan kawan-kawan lain untuk final sem hujung bulan ni tau. Nervous sangat-sangat sebab ni merupakan final exam pertama hana sebagai student u ni. Anyway, goodluck jugak kepada korang yang nak exam tu. 

Walaupun agak busy, tapi hana taknak terlepas untuk blogging untuk minggu ni sebab banyak benda yang hana nak share dengan korang. By the way, blog kali ni hana masih lagi dengan content yang sama dengan minggu lepas iaitu pembelajaran di UKM ni. Tapi InsyaAllah korang takkan bosan. Tahu tak kenapa? sebab kali ni hana nak cerita tentang pembelajaran di kelas lain pulak. Ialah, belajar ni bukan satu subjek je kan. Mestilah banyak. So, harini hana nak share pengalaman hana sepanjang belajar Citra fotografi. Macam yang hana pernah bagitahu korang sebelum ni, hana minat sangat dengan fotografi, jadi takkanlah hana nak lepaskan peluang untuk join citra ni lebih-lebih lagi bila dapat tahu dekat UKM ada citra fotografi ni.

Sepanjang satu semester hana belajar citra ni, banyak benda yang hana dapat. Ada yang hana dah tahu, ada juga ilmu baru yang hana peroleh. Sebab dalam kelas ni dia ajar dengan lebih mendalam tentang fotografi. Ala macam kursus-kursus fotografi dekat luar sana tu. Cuma yang bezanya belajar dekat luar agak mahal, tapi belajar fotografi dekat UKM free je tau. FREE je kawan-kawan! Siapa je yang tak suka benda free kan? Seronok pulak tu. Hihihi. So korang jangan lepaskan peluang ambil citra ni untuk semester depan pada yang belum ambil. Comfirm korang tak menyesal. Haa gituww.

Jadi pada kesempatan ni, hana nak share serba sedikit tentang basic teknik yang hana belajar untuk ambil sesuatu gambar. Korang kalau ambil gambar mestilah nak yang cantik-cantik kan? Ialah nak post dekat Instagram lah katakan. So mehh sini hana ajar. Harap membantu lah ya. So first basic yang korang kena tahu ialah tentang angle-angle yang sesuai untuk gambar yang korang ambil. Contohnya:

1) Closed-up angle
Closed-up angle ni adalah angle yang korang perlu ambil dari jarak yang dekat untuk fokus kepada sesuatu benda yang kita nak ambil gambar. Contohnya macam gambar ni,

   

Cantik tak gambar ni? Gambar ni hana ambil sendiri tau dekat kawasan UKM ni. Rasa seronok je bila tengok gambar yang kita ambil dengan hasil sendiri. Korang tak perlu pun kamera mahal-mahal macam DSLR untuk ambil gambar, guna phone kita sendiri pun boleh asalkan kita tahu angle-angle yang sesuai, jadi cantiklah gambar tu.

2) Lower-shoot angle
Lower-shoot angle pula ialah gambar yang di ambil daripada sudut bawah sesuatu tempat atau benda. Hana paling suka angle ni sebab kalau kalau ambil gambar sendiri daripada angle ni nampak kurus tau. Hehehe. Angle ni memerlukan kita untuk berada bawah atau lebih rendah daripada objek yang kita nak shoot. So untuk objek yang agak rendah macam pokok bunga, hana akan duduk untuk ambil gambar. Amboi,kemain tinggi effort kan. Iyalah nak hasil yang berkualiti, effort pun mestilah kualiti kan. Cewah..So ni antara gambar lower-shoot yang sempat hana ambil di kawasan sekitar UKM ni,

  

3) Upper-shoot angle
 Upper shoot angle adalah angle yang diambil daripada bahagian atas sesuatu objek.
Angle ni juga ada kelebihannya di mana gambar kita akan kelihatan lebih besar dan luas. Macam yang korang nampak seperti gambar di bawah, upper shoot tidak cenderung untuk fokus kepada sesuatu objek, namun ianya lebih cenderung untuk mantafsirkan keluasaan atau ketinggian sesuatu gambar. For your information, angle ni lebih sesuai untuk gambaran sesuatu pemandangan. So kalau korang nak ambil gambar pemandangan yang cantik-cantik tu, trylah angle ni. Then barulah boleh upload kat Instagram, status Whatsapp, facebook dan segala macam sosial media lah yang korang ada.














4) Medium shoot angle

  

Akhir sekali, hana nak share tentang medium shoot pulak. Medium shoot ni ialah angle yang diambil tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat, juga tidak daripada atas mahupun bawah sesuatu objek. Ya contohnya macam gambar dekat atas tu. Medium shoot ni ialah angle yang biasa digunakan dalam mengambil sesuatu gambar. Hana rasa korang pun mesti selalu guna angle ni kan. 

Hana rasa setakat ni sajelah perkongsian hana tentang basic angle yang ada dalam fotografi. Sebenarnya banyak lagi angle-angle yang ada dalam fotografi ni, dan semua tu InsyaAllah hana akan kongsikan pada blog akan datang. Korang jangan lupa cuba angle-angle ni tau, comfirm gambar korang akan lagi menarik. Gambar-gambar yang hana tunjuk ni adalah hasil daripada hana sendiri tau. No copyright daripada mana-mana okey! Dan semua ni hana shoot di kawasan UKM ni je. Cantikkan UKM ni? 

So berbalik pada kelas citra fotografi ni, hana bersyukur sangat dapat join citra ni. Daripada citra ni jugalah hana semangat nak ambil gambar dekat kawasan UKM ni secara tak langsung hana dapat terokai tempat-tempat yang hana belum pergi dekat UKM ni. Banyak lagi rupanya tempat yang cantik dan menarik dekat UKM ni. So takkanlah korang tak nak rasa pengalaman yang hana rasa sekarang. Rugi tau!!! Hana sangat-sangat recommend untuk korang join kelas ni. InsyaAllah korang boleh asah skill-skill korang yang terpendam tu. Rasanya dah tahu kan subjek citra apa yang korang perlu daftar untuk sem depan kan? Pendaftaran kursus untuk sem depan dah buka dah tu, tunggu apa lagi? Cepatlah daftar sebelum penuh!! SEKARANG JUGA!! Ehh jap jap, bukan sekarang, lepas korang habis baca blog hana ni lah. Hehehe.

Nampaknya, sampai sini sajelah blog hana pada kali ni. Semoga segala apa yang hana cuba sampaikan kat korang dapat membantu dan memberi serba sedikit manfaat dekat korang. Terima kasih pada yang setia dan sudi luangkan masa korang untuk masuk ke dunia blog hana ni. Love u gaiss.. Jumpa lagi pada blog akan datang.
Bye Asslamualaikum 


Monday, December 2, 2019

Pembelajaran Pengurusan Acara di UKM

Hai Assalammualaikum dan selamat pagi gais..
Korang tengah buat apa tu? Macam mana hari ini? Sihat? Dah berakfast belum tu? Jangan skip breakfast korang tau! Breakfast tu penting untuk korang tau sebab dia boleh bagi tenaga kepada kita. Kalau korang takde tenaga, macam mana nak belajar, bekerja atau sebagainya? So jangan skip ye ;) Okeylah sebelum hana mulakan blog pada kali ini, hana nak share satu quote dekat korang.


Haa nampak tak tu. Apa pun keadaan korang, jangan lupa senyum. Sebab senyum ni dapat beri kita aura yang positif lagi-lagi pada waktu pagi macam ni. Senyum sikit gais.! Haa macam tu lah. Hehe okeylah, tanpa buang masa, hari ni hana nak share sikit dengan korang tentang apa yang hana belajar dekat kelas Citra Asas Pengurusan Acara. Kalau korang nak tahu ini adalah salah satu citra atau subjek tambahan dekat UKM. Citra ni adalah antara citra yang sangat best untuk korang belajar banyak pekara lebih-lebih lagi cara untuk menguruskan sesuatu majlis kecil atau besar.

Untuk pengetahuan korang, nak uruskan sesuatu majlis bukanlah satu benda yang mudah. Semuanya perlukan perancangan yang sempurna bagi memastikan majlis berjalan lancar macam yang kita inginkan. So, program citra macam ni lah yang sangat membantu korang semua untuk belajar cara-cara nak uruskan sesuatu majlis. Macam yang semua orang tahu, selain daripada ilmu akademik, kita juga perlulah belajar serba sedikit ilmu kemahiran dalam diri kita. Jadi ini adalah salah satu langkah yang hana buat dengan join citra macam ni, sebab hana nak asah bakat dan tambahkan ilmu kemahiran hana.


Haa gambar kat atas tu adalah gambar pelajar-pelajar Citra Pengurusan Acara. Masa tu kami semua terlibat untuk menguruskan salah satu acara luar iaitu acara marathon di Taman Tasik Cempaka. Melalui program ni banyak pekara baru yang hana dapat belajar. Hana dapat belajar cara-cara nak rancang tentatif acara, pembahagian hadiah kepada para pemenang, susun atur peralatan dan banyak lagi. Best tau! Kepada adik-adik yang berhajat nak masuk UKM tu, jangan lupa pilih citra ni tau. Serious korang akan dapat asah skill diri korang. Mana tahu dah kerja nanti majikan korang minta korang usruskan majlis dinner atau sebagainya, kan dah senang. Haa gituww :D .

Korang nak tahu tak, baru-baru ni kami juga diberi peluang sekali lagi menguruskan event besar UKM yang bakal menjelang tidak lama lagi iaitu majlis untuk menyambut 50 tahun UKM pada 1 Januari 2020. Kami semua diarahkan untuk menguruskan formasi bagi membuat bentuk 50UKM di padang stadium UKM. Kami diarahkan untuk merancang strategi dan cara bagi memastikan perjalanan formasi tersebut berjalan tepat mengikut masa yang dijangkakan. Haa nampak tak, korang juga dapat asah kemahiran berfikir korang!




Walaupun nampak sangat struggle untuk aturkan formasi ini, tapi ni adalah aktiviti yang sangat seronok sebab hana sangat suka pembelajaran di luar kelas (outdoor) sebab dapat release tension. Selain itu, hana juga dapat berbincang dan berkongsi idea dengan rakan baru. Walaupun tak pernah kenal atau bertegur sebelum ini, tapi dengan aktiviti-aktiviti ,macam ni secara tidak langsung sedikit demi sedikit mengeratkan hubungan antara kami.

Nampak tak, betapa banyaknya kebaikan yang dapat kita peroleh daripada citra ni. Banyak benda yang kita boleh tambah nilai dalam diri kita. So korang yang belum ambil citra ni jangan lupa join untuk sem depan. Tau tau tau! Hehe. Baiklah hana rasa sampai sini je blog hana pada kali ini. InsyaAllah kita jumpa lagi pada entri akan datang. Semoga korang tak pernah jemu baca blog hana ya! Semoga segala perkongsian hana serba sedikit dapat beri manfaat kepada korang.
Bye Assalamualikum. Jumpa lagi kawan-kawan :D


Saturday, November 23, 2019

Lifestyle Student UKM

Assalamualaikum dan Hai Korang! Selamat pagi! Tengah buat apa apa tu? Tidur lagi ke? Mestilah dah bangun kan. Kalau tak macam mana nak baca blog hana ni. Macam mana hari ni? Sihat tak tu? Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Jangan lupa mulakan hari kita dengan senyuman. InsyaAllah hari-hari kita akan berlalu dengan positif. Cuba senyum sikit. Haa macam tula.

Hana nak tanya sikit ni. Korang dapat teka tak harini hana nak cerita pasal apa? Topik harini hana dah pernah cerita dalam blog yang lepas kalau korang ingat. Hana pernah cerita tentang lifestyle student UKM. Tapi sebenarnya itu baru separuh, kalau nak cerita semunya memang sampai bila-bila tak boleh habis. Tahu tak kenapa? Sebab banyak sangat benda best-best kat UKM ni walaupun baru kejap je jadi student UKM. Cepat betul kan masa berlalu. Tup tup dah nak final exam dah untuk semester 1 ni. Lepasni pejam celik pejam celik je tahu tahu nak graduate dah. Eh eh, amboi jauh betul angan-angan. Tapi takpelah, berangan tu kan free. Hihi, lagipun setiap kejayaan kan bermula daripada angan-angan. Tak ke gitu?

Okeylah jom kita straight to the point untuk content kita harini. First thing first, hana nak cerita tentang..Jeng jeng jeng

1. ASSIGNMENT




Haa nampak tak tu? Banyak kan. Tipulah kalau cakap assignment tak banyakkan. Well, itu pekara biasa as a student tak kira kat mana korang belajar pun. Assignment ni penyumbang dalam markah korang. So kenalah buat yang terbaik untuk dapat markah yang baik. Ada je yang anggap assignment ni satu benda yang sangat stress. Sebab korang kena bersengkak mata untuk siapkan. Kadang ada yang sampai stay up malam-malam semata untuk menyiapkan semua assignment lagi-lagi bila dekat dengan due date kan. Okey,sebenarnya pada pendapat hana, assignment ni sangat membantu hana lebih-lebih lagi dari segi markah. Sebab kalau markah assignment kita dah tinggi, so kita tak perlu risau sangat untuk score markah tinggi dalam final (bukan bermakna korang tak perlu struggle untuk final eah!). Lagi satu, ianya sangat membantu untuk develop banyak pekara mcm kemahiran berkomunikasi sebab kebanyakkan assignment ni dalam kumpulan. So korang nak tak nak mestilah kena berinteraksi dengan groupmate kan. Janganlah jadi rakan lelap pulak. Kesian kawan-kawan kita. JADI, hana nak nasihatkan kita kena pandang positif sesuatu pekara supaya apa yang kita buat tak mendatangkan stress even susah macam mana pun. Lagi satu! Janganlah buat LAST MINUTE. Ni adalah salah satu faktor kita jadi stress. Walaupun hana selalu buat sebenarnya hehe. Tapi janganlah ikut sebab end up kita sendiri yang menyesal dan itulah yang hana rasa sekarang.

Second things is:
2. JADUAL BELAJAR


Hehe saje je nak tunjuk jadual belajar hana. Jadual belajar dekat universiti ni takdelah pack sangat. Banyak je gap berbanding jadual dekat matrik atau sekolah. Kadang sehari cuma ada satu atau dua atau tiga kelas je.Yang paling menarik, subjek atau jadual dekat UKM ni kita sendiri yang pilih tau. Dengar tak kawan-kawan? KITA SENDIRI YANG PILIH. Kita sendiri pilih subjek apa yang kita nak ambil untuk semester tu, pukul berapa kelas yang kita nak. Bestkan? Dan untuk pengetahuan korang, dekat UKM ni ada subjek citra. Kiranya macam subjek tambahan untuk develop skill among student contohnya mcm hana sendiri, hana ambil citra fotografi, pendidikan dan masyarakat, dan pengurusan acara. Seronok tau subjek-subjek macam ni sebab subjek ni salah satu cara untuk release stress di samping kena hadap assignment yang banyak.Nak tahu kenapa tak? Sebab.... Citra ni more to practical. So banyak benda atau aktiviti luar yang kita kena buat dalam subjek ni.

3. MAKANAN
YAS! Makanan kat UKM ni serious best-best sangat terutamanya bagi pencinta makanan macam hana. Tak perlu nak outing jauh-jauh semata-semata nak beli maknan yang kita suka, dalam UKM je dah ada. Contohnya Corndog, Mee Tarik, Oden dan macam-macam lagi. Yang paling best sekali dekat dengan kolej hana. Hanya perlu jalan beberapa langkah je. Selain itu, kalau korang malas nak keluar bilik untuk beli makanan kat cafe, jangan risau, dekat UKM banyak runner yang boleh hantar makanan sampai depan pintu lagi tau. Breakfast, lunch sampai ke dinner pun ada tau. Harga pun murah sangat. So takde alasan untuk korang skip makan korang! Nanti sakit baru tahu.

Macam mana? seronok kan lifestyle student UKM ni. Haa Jomlah belajar kat sini hehe. Gurau je. Belajar dekat mana-mana pun best sebenarnya. Cuma kita sendiri yang kena pandai sesuaikan diri. Walauapapun, hana nak bagitahu yang hana suka sangat life dekat UKM ni. Walaupun pada mulanya susah jugakla nak sesuaikan diri dekat tempat baru, tapi lama-lama hana dah jatuh cinta dengan life dekat sini. Cewahh.. haha sebab banyak benda menarik dekat sini.

Okeylah,mungkin sampai sini je entri hana pada kali ini. Moga kita jumpa lagi pada entri akan datang. Terima kasih yang sudi baca blog hana dari awal sampai sekarang. Bye Korang! Assalamualaikum :D


Sunday, November 17, 2019

Kehidupan 10-minggu di UKM

Assalammualaikum semua..



Korang tengah buat apa tu? Apa khabar? Sihat tak tu? Hehe banyak pulak soalan. Semoga korang sentiasa dikurniakan kesihatan oleh Allah S.W.T untuk melalui liku-liku kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang. Cewahh.

Okeylah saya taknak buang masa. Marilah kita straight to the point untuk content blog kita pada kali ini. Rasanya tengok tajuk je korang dah tahu kan apa yang saya nak cerita? Ya! betul harini saya nak kongsi pengalaman suka duka sedih tawa saya sepanjang 10 minggu saya berada di UKM. Walaupun baru saja 10 minggu belajar di UKM ni, siapa sangka banyak dah pengalaman yang saya lalui.


Haa korang nampak tak gambar kat atas tu? Itulah Kolej Aminuddin Baki iaitu kolej kediaman saya sepanjang 10 minggu berada di UKM ni dan InsyaAllah sampai tahun akhir. Macam yang saya pernah cerita pada blog yang lepas, kolej ni takdelah besar mana. Tapi! Tapi! Tapi! sangat sangat selesa dan cantik. Semua kemudahan lengkap dan saya sangat bangga menjadi salah seorang warga kolej ini. Hehe. Okeylah jom kita teruskan.

Pertama sekali, saya nak kongsi pengalaman saya duduk di kolej.  Macam yang semua orang tahu, pelajar tahun pertama diwajibkan untuk duduk di kolej selama setahun. Duduk di kolej ni adalah paling menyeronokkan sepanjang saya berada di UKM ni. Nak tahu sebab apa? Sebab banyak sangat aktiviti menarik yang kolej lakukan antaranya Hari Keusahawanan, Program Birokrasi di mana setiap pelajar mempunyai biro masing-masing. Macam saya, saya di bawah biro kebudayaan. Biro ni sangat menarik sebab saya dapat join aktiviti teater, nyanyian, tarian dan macam-macam lagi di samping bonding antara ahli yang sangat kuat walaupun baru beberapa bulan kami berkenalan.


Haa inilah ahli-ahli biro kebudayaan. Comel kan kami? Biro kebudayaan ni adalah antara biro yang paling aktif dalam kolej Aminuddin Baki (KAB). Sebab kebanyakkan pertandingan antara kolej seperti teater, tarian, nyanyian adalah kebanyakkan wakil dari biro kami. Nama pun Kebudayaan, mestilah aktif dalam pertandingan-pertandingan seperti ni. Tapi saya bukanlah salah seorang daripada wakil tersebut sebab saya masih sedaya-upaya belajar membahagikan masa antara belajar dan aktiviti kokurikulum.


Okey seterusnya saya nak cerita tentang fakulti pula. Gambar yang korang nampak kat atas tu, itulah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan atau lebih dikenali sebagai FEP di sini. Ini adalah fakulti dimana tempat saya belajar. Yang lebih menarik sekali, fakulti ni terletak betul-betul di hadapan KAB. Jadi saya tak perlulah naik turun bas untuk kesini. Nak bangun lambat pun takpe. Hehe gurau je. Kalau korang nak tahu, pembelajaran saya sepanjang di FEP ini sepanjang 10 minggu saya berada di UKM amatlah menyeronokkan walaupun ianya sangat mencabar. Mesti korang nak tahu kan sebab apa? Sebab, pensyarah-pensyarah di sini sangat baik dan sporting. Setakat ni belum pernah saya jumpa pensyarah yang garang atau tegas macam zaman sekolah dulu-dulu. Hal ni secara tak langsung membuatkan saya semangat untuk datang ke kelas. Tapi tak bermakna korang boleh main-main ye semasa belajar. Fokus tetap fokus :)

Selain itu, saya nak kongsi dengan korang berkaitan outing di UKM. Outing di UKM ni tiada had masa pun. Kita bebas untuk outing pada bila-bila masa dan dimana-mana saje. Cewahh. Tapi setakat 10 minggu di sini, saya baru beberapa kali je outing dan itupun dekat-dekat je. Nak jimat duit kononnya ( >,< ) . Tapi jangan risau, walaupun dekat, tapi tempat tersebut sangat menarik dan cukup untuk membeli segala keperluan contohnya seperti di Bangi Gateway, IOI City Mall, Kip Mall , Taman Tasik Cempaka in case korang nak release strees (*>*). Apa yang saya boleh simpulkan di sini, UKM ni sangat strategik kerana dikelilingi dengan kawasan-kawasan yang menarik. Selain itu, ianya juga berdekatan dengan pelbagai restoran seperti Rumah Makan Terlajak Laris, Food Truck, Nasi Kandar dan banyak lagi. Bukan di luar je, kat dalam UKM pun ada banyak restoran dan Cafe menarik antaranya di Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL), Pusanika, Fakulti Pengajian Islam dan banyak lagi.

                                                       Cafe di Fakulti Pengajian Islam

                                          Bookwarm Cafe di Perpustakaan Tun Sri Lanang

Nampaknya sampai sini sajelah blog saya pada kali ni. InsyaAllah jika berkesempatan kita jumpa di blog pada akan datang. Saya harap pengalaman yang saya kongsikan pada blog kali ini mungkin sedikit sebanyak dapat menyampaikan bahawa bertapa seronoknya menjadi pelajar Universiti lebih lebih lagi di UKM. Mungkin juga dapat memberi info kepada adik-adik yang bakal menepuhi alam universiti tidak lama lagi terutamanya pelajar lepasan SPM. Apa lagi adik-adik tunggu? Jangan lupa apply UKM. Best tau! Hehe. Baiklah, jumpa lagi di blog akan datang. Bye!Assalamualaikum.

Sunday, November 10, 2019

PHOTOGRAPHY IS ONE OF MY PASSION

Assalamualaikum semua..

Apa khabar pembaca-pembaca blog saya sekalian? Sihat ke tak tu? hihi..saya harap semua sejahtera lah ya. Ya seperti biasa harini saya sekali lagi dengan terujanya ingin berkongsi tentang minat saya. Harap pembaca-pembaca tak bosan ya 😅. Saya suka bercerita tentang minat- minat saya kepada orang lain kerana saya nak orang lain juga rasa minat pada benda yang sama secara tidak langsung kita dapat berkongsi tentang pengalaman masing-masing. Mungkin dari perkongsian tersebut kita dapat memperbaiki kelemahan kita dalam minat tersebut dan mungkin juga dapat membantu rakan kita memperbaiki kelemahan mereka.

                                       Image result for gambar berkaitan fotografi

Okay, tanpa buang masa, nampak tak gambar kat atas tu? Boleh teka tak saya nak cerita tentang apa harini? Hehe okeylah, harini saya nak berkongsi minat saya selain daripada menyanyi dan menjahit, saya juga sangat minat dalam bidang fotografi. Semua orang tahu kan apa itu fotografi? Ya yang ambil gambar cantik-cantik tu! Macam-macam benda kita boleh ambil gambar seperti makanan, pemandangan dan macam-macam lagi. Ambil gambar diri sendiri pun boleh. Walaupun saya minat dalam bidang ini, tetapi saya tiada kamera DSLR yang sememangnya kamera yang sangat sesuai untuk berfoto kerana ianya memang telah di 'setting' hanya untuk mengambil gambar. Maklumlah saya masih student. Tak mampu lagi nak beli kamera mahal-mahal macam tu guna duit sendiri.

Tapi! ingat tak ayat ibu saya yang pernah saya 'mention' pada blog yang lepas. "Nak bela lembu tak semestinya kena jadi lembu".. Jadi, kalau saya minat bidang fotografi ni tak semestinya saya kena ada kamera yang mahal. Bagi saya yang penting adalah "skill".. Ya betul skill tu sangat penting. Tak guna kan kalau ada kamera mahal macam mana pun tapi tak ada skill. Hihi. Saya pun tak lah hebat sangat dalam bidang ni. Tapi saya juga ada belajar serba-sedikit tentang fotografi sejak saya sekolah lagi. Waktu sekolah menengah, saya juga pernah menjadi pengerusi dalam kelab fotografi. Waktu saya di matrikulasi juga saya pernah menyertai kursus berkaitan fotografi. Malah di UKM juga saya ambil Citra Fotografi. Banyak yang saya telah belajar bekaitan teknik-teknik untuk mendapatkan shoot yang cantik dan teknik-teknik edit gambar menggunakan apps yang bersesuaian.



Ini adalah antara contoh gambar yang saya ambil sendiri hanya menggunakan kamera telefon Iphone 7 plus. Walaupun mungkin bagi yang master dalam bidang ini, gambar ini tidaklah begitu cantik, tapi saya sangat berpuas hati terutama untuk beginner seperti saya. Saya hanya mengedit sedikit sahaja pada bahagian pencahayaan menggunakan aplikasi "Lightroom". Untuk pengetahuan pembaca sekalian, aplikasi lightroom ini merupakan salah satu aplikasi yang terbaik dalam mengedit apa-apa gambar. Di samping percuma, ianya juga sangat mudah untuk digunakan terutama kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni. Jadi tunggu apa lagi, boleh download sekarang. Ehh kejap! bukan sekarang. Lepas korang habis baca blog saya baru boleh. Hehe gurau je 😺.

                                                     
                                                  Image result for logo lightroom

Ini adalah contoh logo aplikasi lighroom tu. Jangan lupa cuba tau. Okay last sekali saya nak kongsi tentang satu lagi aplikasi yang selalu saya guna dalam mengedit gambar iaitu "Photoshop Fix". Aplikasi ni juga sangat bagus kerana terdapat banyak filter yang menarik. Selain itu, keistimewaan aplikasi ini juga, ianya juga dapat menghilangkan objek-objek yang kita tidak inginkan dalam gambar kita. Contohnya, kalau kita nak hilangkan gambar pokok kat belakang kita, kita boleh padam guna aplikasi ini.
Image result for logo photoshop fix

                                         Image result for contoh hilangkan objek guna photoshop fix
Jadi ini adalah contoh penggunaan aplikasi photoshop fix ini. Sebenarnya banyak lagi aplikasi-aplikasi yang menarik yang mampu menjadikan gambar kita kelihatan cantik dan hebat seperti Quickshot, VSCO cam, Snapseed, Unfold dan sebagainya. Kepada sesiapa yang minat dalam bidang ini seperti saya, bolehlah cuba perlahan-perlahan menggunkankan pelbagai aplikasi yang telah banyak wujud di Google Play Store atau Apps Store bagi pengguna IOS. Jangan risau, tak pelu ada kamera yang mahal pun takpe. Yang penting apa? SKILL !

Nampaknya sampai sini sajalah entri saya pada kali ini. InsyaAllah jika ada umur yang panjang kita berjumpa lagi. Ewah ! . Saya nak ucapkan terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sudi dan setia membaca blog saya sampai disini. Semoga kita berjumpa lagi. Saya akhiri blog saya dengan beberapa buah gambar yang saya ambil sendiri dengan menggunkan telefon.

Bye! Assalamualaikum semua.

 



Wednesday, November 6, 2019

Percutian ke Bandung, Indonesia

Hai Assalamualaikum semua..

Apa khabar pembaca-pembaca sekalian? Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera agar dapat terus menerus setia dalam membaca blog saya 😁. InsyaAllah pada blog kali ini saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian tentang pengalaman saya yang paling bermakna iaitu bercuti ke Bandung, Indonesia. 



Pada akhir bulan Ogos 2019, Saya sekeluarga telah bercuti ke Bandung memandangkan pada waktu itu ayah saya mendapat cuti yang agak panjang. Walaubagaimanapun, kami hanya bercuti ke Bandung selama seminggu kerana pada minggu hadapan saya terpaksa membuat persiapan untuk masuk ke UKM. Apa yang boleh saya katakan disini, Bandung adalah tempat yang paling menarik yang pernah saya kunjungi di samping harga barangan dan makanan yang agak murah jika ditukar kepada nilai rupiah. Antara tempat yang saya kunjungi ialah Kawah Putih, The Lodge Maribaya dan sebagainya.

Kawah Putih adalah tempat yang paling menarik di Bandung bagi saya kerana persekitaran hutan yang sangat nyaman, air yang sangat jernih, dan suhu yang agak sejuk. Namun begitu, bau belerang yang agak kuat walaupun kawah tersebut sudah tidak aktif lagi membuatkan saya terpaksa memakai 'mask' muka sepanjang lawatan saya di sana. Tiket untuk berkunjung ke kawah putih juga tidaklah begitu mahal iaitu hanya RM15 seorang jika ditukarkan kepada nilai mata wang Malaysia. Perjalanan ke Kawah Putih dari Kota Bandung hanya mengambil masa hanya 1 jam sahaja. 

 


 


Di samping itu, The Lodge Maribaya juga anatara tempat yang menarik. The Lodge of Maribaya ini terletak di kawasan pedalaman atas bukit menyebabkan kami mengambil masa yang agak lama menaiki kaki bukit. Perjalanan kami mengambil masa selama 2 jam dengan keadaan jalan yang penuh dengan liku. Namun begitu, ianya sangat tenang dan nyaman kerana terdapat banyak tumbuh-tumbuhan menyebabkan cuaca sangat redup. Tiket bagi memasuki The Lodge ini lebih murah berbanding Kawah Putih iaitu RM5 seorang jika ditukar kepada nilai mata wang Malaysia tidak temasuk harga permainan yang disediakan. The Lodge of Maribaya ini menyediakan banyak permainan yang agak meneronokkan seperti buaiyan di atas bukit, basikal di atas wayar, belon panas dan banyak lagi. Saya hanya berkesempatan untuk menaiki buaian di atas bukit sahaja kerana saya agak takut dengan


 


Nampaknya sampai di sini saja perkongsian saya pada entri kali ini. Jangan risau banyak lagi perkongsian menarik yang ingin saya ceritakan pada entri akan datang. Apa yang ingin saya simpulkan di sini, inilah antara percutian saya yang paling menarik seumur hidup saya bersama keluarga tersayang kerana sebelum ini saya dan keluarga hanya bercuti di kawasan yang berhampiran kerana kekangan masa kami. Namun, ianya masih menyeronokkan selagi ianya bersama keluarga yang tersayang. Harapan saya semoga saya dapat bercuti lebih jauh lagi bersama keluarga yang tersayang. Semoga kita bertemu lagi. Terima kasih kepada semua pembaca-pembaca yang sudi menjadi pembaca setia saya walaupun entri saya tidaklah begitu hebat seperti 'blogger' lain. 😅

Sekian, Assalamualaikum semua.



Monday, November 4, 2019

Jadikan "Menyanyi" sebagai minat

Hai Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada blog kali ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang buat pembaca blog saya yang baru pertama kali mengunjungi blog saya. Tidak lupa juga kepada pembaca-pembaca yang setia membaca blog saya. Terima kasih kerana sudi membaca segala coretan yang saya kira mungkin sedikit sebanyak dapat mengisi masa lapang para pembaca.

Pada entri kali ini saya sekali lagi ingin berkongsi tentang minat saya. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya adalah seorang yang mempunyai pelbagai minat. Saya yakin bukan saya seorang sahaja yang mempunyai pelbagai minat, malahan ramai lagi. Untuk blog kali ini, saya ingin berkongsi minat saya iaitu menyanyi. Ya, suara saya tidaklah merdu seperti penyanyi-penyanyi di luar sana. Tapi, ianya bukan penghalang untuk saya minat dalam bidang ini. Bak kata ibu saya "Nak bela lembu, tak semestinya kena jadi lembu". Ayat inilah yang selalu buat saya lebih bersemangat untuk ceburi sesuatu bidang.

Jika kita minat pada sesuatu pekara, semestinya kita akan lakukan pekara itu setiap hari bukan? Jadi, saya akan menyanyi pada setiap hari lebih-lebih lagi ketika saya mempunyai masa lapang. Boleh dikatakan lebih daripada 50 lagu saya hafal tidak kira apa genre sekalipun. Saya boleh menyanyi dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa termasuk waktu mandi, waktu belajar dan sebagainya kecuali di hadapan orang ramai 😊.

Walaubagaimanapun, minat saya dalam menyanyi ini banyak memberi kesan positif dalam hidup saya. Saya rasa ramai sudah mengetahui tentang fakta yang berkaitan dengan menyanyi. Antara salah satunya, menyanyi dapat menghilangkan stress. Ya! Menyanyi sangat membantu saya dalam menghilangkan stress lebih-lebih lagi ketika saya sedang mengulangkaji pelajaran. Jika saya bersendirian di dalam bilik atau di rumah, saya akan menyanyi sekuat hati sambil mendengar lagu mengikut mood saya pada ketika itu. Selain itu, ianya juga serba sedikit dapat membantu dalam menghilangkan rasa mengantuk ketika belajar dan seterusnya memberi semangat kepada saya untuk mengulangkaji. Jadi, sudah terang lagi bersuluh menyanyi adalah satu terapi yang baik dalam hidup seseorang terutama sekali kepada pelajar.


Image result for menyanyi

Saya tahu ramai lagi orang di luar sana yang berkongsi minat yang sama dengan saya. Walaupun ianya hanya sekadar hiburan semata-mata, namun mampu memberi kesan yang sangat positif dalam kehidupan kita seharian. Di samping itu, menyanyi juga bukan sahaja boleh dijadikan sebagai minat, namun ianya juga boleh menjurus kepada bidang kerjaya seseorang bagi yang dianugerahkan oleh Tuhan memiliki suara yang merdu.

Baiklah, saya rasa mungkin setakat ini sahaja entri pada kali ini. Terima kasih kepada para pembaca yang setia membaca entri saya sampai di sini. Semoga perkongsian saya pada kali ini dapat memupuk minat yang sama dalam diri pembaca sekalian. Buat pembaca-pembaca yang sedang menghadapi tekanan pada ketika ini, tidak kira apa jua tekanan sekalipun, cubalah menyanyi 😎. Hehe. Jumpa lagi pada blog yang akan datang.



Sekian, Assalamualaikum




Image result for mari menyanyi

Pengalaman di kelas Citra Fotografi UKM

Hi Assalamualaikum korang! Alhamdulillah berjumpa lagi kita pada blog kali ini. Macam mana minggu ni? Okey tak tu? Semoga segalanya...