Salam sejahtera buat pembaca-pembaca sekalian, semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah sekali lagi diberi peluang untuk saya membuat penulisan bagi berkongsi serba sedikit berkaitan hidup saya.
InsyaAllah pada minggu ini saya ini berkongsi serba sedikit berkaitan minat saya iaitu dalam dunia fesyen. Meskipun saya kurang arif dalam bidang ini, namun ianya telah menjadi minat saya sejak saya kecil lagi. Pada waktu kecil, saya sering kali melihat pakaian-pakaian yang menarik di dalam majalah sehingga saya mempunyai angan-angan untuk memilikinya. Minat ini lahir semenjak saya mengikuti lawatan sekolah rendah ke pertunjukkan fesyen. Pelbagai jenis pakaian yang diperagakan telah menarik minat saya dalam bidang ini sehingga kini.
Walaupun saya begitu minat dalam bidang ini, namun saya bukanlah seorang yang sentiasa berpakaian mengkiut fesyen terkini seperti pelajar-pelajar lain. Bagi saya, cukup sekadar kemas dan selesa lebih-lebih lagi ketika hendak ke kelas. Namun saya ianya tidak menjadi masalah pada saya untuk lebih mendalami tentang dunia fesyen.
Minat ini telah membawa saya untuk belajar lagi tentang fesyen contohnya ketika saya berusia 18 tahun, saya pernah mengikuti kursus Fashion And Dressmaking di Giatmara Bakri,Muar selama 6 bulan sementara menunggu panggilan sambung belajar. Kursus ini sangat menyeronokkan kerana ianya telah memberi peluang kepada saya untuk mengetahui lebih dalam lagi tentang bidang ini, Saya juga diberi peluang untuk menjahit dan menghasilkan pelbagai jenis baju seperti baju kurung, baju melayu, baju silat, baju koperat dan sebagainya. Kami di ajar cara-cara untuk menjahit dengan kemas dan cantik bagi menghasilkan pakaian yang cantik dan selesa. Antara pakaian yang agak mencabar untuk dihasilkan ialah baju koperat. Ianya memerlukan teknik dan cara yang betul kerana jenis fabriknya yang agak keras berbanding pakaian lain. Namun ianya sangatlah menyeronokkan dan secara tidak langsung mampu menambahkan pengalaman dan kemahiran dalam diri saya.
Walaupun bidang pengajian saya di UKM ini tidak menjurus kepada bidang fesyen, namun minat itu tidak pernah mati dalam diri saya. Sehingga kini, saya mampu menjahit untuk menghasilkan baju saya sendiri tanpa perlu membeli di kedai lebih-lebih lagi pada hari raya memandangkan harga baju yang semakin mahal pada musim raya. InsyaAllah saya bercita-cita untuk menjalankan perniagaan dengan membuka butik pakaian pada masa akan datang memandangkan saya mengambil kursus pentadbiran perniagaan di UKM bagi mempelajari selok-belok dan strategi perniagaan. Hal ini secara tidak langsung mampu menggabungkan minat dan kursus yang sedang saya pelajari.
Nampaknya, setakat ini sajalah penulisan blog saya pada kali ini, Semoga apa yang telah saya kongsikan ini dapat memberi inspirasi kepada para pembaca untuk mengembangkan lagi minat anda. Terima kasih kepada para pembaca yang sudi dan setia dalam membaca karya saya. Semoga berjumpa lagi pada blog yang akan datang.
Assalamualaikum.
Bilik Jahitan Giatmara
Baju Kana-Kanak yang saya jahit =)