Saturday, September 28, 2019

HARI PERTAMA PEMBELAJARAN APLIKASI KOMPUTER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca-pembaca yang saya kasihi.

Pada blog kali ini, saya dengan rasa teruja ingin berkongsi kepada anda tentang pengalaman pertama kali saya mempelajari subjek Aplikasi Komputer di UKM. Pandangan saya berkaitan subjek ini sebelum memasuki kelas pertama, saya merasakan kelas ini merupakan kelas yang agak menarik kerana saya akan mempelajari dengan lebih spesifik berkaitan selok-belok penggunaan komputer yang sebelum ini saya kurang arif. Hal ini membuatkan saya tidak sabar untuk menghadiri kelas pertama bagi subjek ini,

Pada hari selasa 17/9/2019, merupakan kelas pertama saya dalam subjek ini yang akan dikendalikan oleh Puan Nurul Hafiza. Puan Hafiza merupakan seorang yang lemah-lembut dan mempu mengajar dengan baik menyebabkan pembelajaran sepanjang 3 jam saya lebih jelas dan mudah saya fahami. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan saya tidak sabar untuk menghadiri kelas seterusnya, Puan Hafiza juga telah menerangkan beberapa pekara yang bakal kami pelajari sepanjang 14 minggu pembelajaran kami seperti cara menghasilkan blog, cara menulis artikel dan sebagainya yang sebelum ini saya tidak pernah mempelajarinya dimana-mana. Selain itu, kami juga diberi penerangan berkaitan markah-markah yang kami akan peroleh berdasarkan segala kerja kursus individu dan ujian.

Kelas pertama kami dimulai dengan pembelajaran cara-cara menghasilkan blog. Tidak pernah terfikir seumur hidup saya untuk menghasilkan blog milik saya sendiri dan kini saya telah berjaya menghasilkan blog sendiri walaupun ianya masih belum mempunyai pembaca yang ramai. Puan Hafiza mengajar kami dalam penghasilan blog ini satu persatu menyebabkan kami mudah memahami dengan begitu senang. Hasil daripada pembelajaran pada hari pertama kelas kami, maka terhasilah blog yang saya sedang hasilkan ini.

Tidak sabar rasanya untuk menghadiri kelas seterusnya bagi mempelajari lebih banyak lagi ilmu IT yang sebelum ini saya tidak pernah pelajari. Saya berharap saya lebih bersemangat untuk mempelajari ilmu-ilmu IT yang merupakan ilmu pentang pada era teknologi moden ini. Sampai disini saja penulisan blog saya pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi pada blog akan datang.

Terima Kasih.




Monday, September 23, 2019

Assalamualaikum

Bismillahirahmanirahim. Hari ini saya ingin memulakan blog pertama saya dengan menceritakan serba sedikit berkaitan kehidupan di UKM. Saya merupakan pelajar baharu ambilan 2019/2020 di bawah fakulti Ekonomi Dan Pengurusan dan telah ditempatkan di Kolej kebangaan saya iaitu Kolej Aminuddin Baki. Kolej ini terletak di hadapan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan menyebabkan saya sangat bersyukur kerana tidak perlu mengambil masa yang lama untuk pergi ke kelas. Pertama sekali, saya sangat bersyukur apabila mendapat tawaran bagi melanjutkan pelajaran di Universiti awam yang namanya tidak asing lagi di Malaysia. Ianya merupakan cita-cita saya sejak zaman persekolahan lagi bagi melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dan Alhamdulillah segalanya Allah permudahkan.

Sebelum tarikh pendaftaran, saya sangat teruja untuk melalui kehidupan di UKM. Para Pemudah Cara atau PC juga ada menceritakan serba sedikit tentang cara hidup di UKM melalui aplikasi telegram sebelum hari pendaftaran membuatkan perasaan teruja saya semakin membuak-buak. Pada hari pendaftaran, saya dan rakan-rakan disambut baik oleh PC. Segala perjalanan kami sepanjang pendaftaran sangat lancar dengan bantuan mereka. Waktu pertama kali saya menjejakan kaki ke kolej kediaman, saya sangat bersyukur dengan segala kemudahan yang serba lengkap. Saya juga telah berkenalan dengan rakan sebilik yang peramah orangnya.

Sewaktu di minggu orientasi, kami dibekalkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi suai kenal, permainan yang dapat menjalinkan hubungan interaksi antara pelajar baharu, perang DECTAR dan sebagainya. Kami juga dapat mengenali ahli-ahli jawatankuasa tertinggi dari kolej, fakulti sehinggalah di pihak universiti sendiri. Aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung mampu membuatkan kami lebih mengenali antara satu sama lain.

Selain itu, kami juga dibawa untuk berkunjung ditempat lain serperti Dewan Canselor, Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh dan sebagainya. Disebabkan universiti ini agak besar, kami bergilir-gilir menaiki bas untuk menuju ke sesbuah destinasi. Bas Universiti dibezakan mengikut zon-zon tertentu yang mempunyai destinasi hentian tertentu. Pertama kali menaiki bas disini menyebabkan saya agak takut jika tersalah destinasi sehinggakan saya pernah salah menaiki bas dan diturunkan di Kolej Pendeta Zaaba. Waktu itu memang agak takut kerana saya bersendirian dan menghampiri waktu maghrib. Mujur di kawasan ini mudah untuk mendapatkan Grab walaupun kosnya agak mahal.

Di samping itu, makanan yang disediakan di cafe Kolej juga amat memuaskan di samping harganya yang lebih murah berbanding Kolej lain. Ianya juga berdekatan dengan bilik saya menyebabkan saya tiada alasan untuk malas ke cafe.

Beralih ke fakulti pula, kami diberi peluang untuk mengatur jadual sendiri dengan memilih subjek dan masa yang kami sendiri inginkan. Lebih menyeronokkan lagi, kami juga perlu memilih subjek tambahan iaitu citra bagi menambah bilangan kredit. Citra yang disediakan juga amat menyeronokkan dan mampu mengasah bakat setiap pelajar dalam pelbagai bidang.

Pertama kali menjalani kehidupan di universiti bukanlah mudah seperti yang saya sangkakan sewaktu saya bersekolah. Lebih-lebih lagi jika terpaksa berpisah jauh dari keluarga. Namun begitu, peluang ini hanyalah sekali dalam seumur hidup yang perlu saya syukuri dan nikmati. Peluang inilah yang mampu mengubah nasib saya dan keluarga di masa akan datang. Saya berharap saya akan lebih berusaha dalam mengharungi segala cabaran yang bakal mendatang sepanjang kehidupan saya di UKM. Sekian Terima Kasih.

Assalamuaikum.



Pengalaman di kelas Citra Fotografi UKM

Hi Assalamualaikum korang! Alhamdulillah berjumpa lagi kita pada blog kali ini. Macam mana minggu ni? Okey tak tu? Semoga segalanya...